Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS
Berdiri dari kiri: En. Osman, Pn. Hjh. Siti Zaleha, Pn. Sarifah dan En. Azizan. Duduk dari kiri: En. Muhd. Khairi, En. Mahamad Fauzi. Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD, En. Othman dan En. Rosli

Tuesday, 10 February 2009

Taklimat Program Peningkatan Akademik 2009 SJKT Seb Perai Selatan

Denganhormatnya dimaklumkan bahawa Taklimat yang tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Februari 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Semnar 2 PPD Selatan

Semua Guru Besar dan Ketua-Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik sekolah-sekolah SJKT daerah Seberang Perai Selatan dikehendaki hadir.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Pengurusan Sekolah Rendah

Borang Pencalonan Tokoh Guru

Sila dapatkan borang Pencalonan Tokoh Guru 2009 di sini.

Semua Pencalonan hendaklah sampai ke PPD Selatan pada atau sebelum 30 Mac 2009. Terima kasih.

Wednesday, 4 February 2009

PENCALONAN TOKOH GURU 2009 PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI PULAU PINANG

PANDUAN PENCALONAN:

1. Kriteria pemilihan tokoh guru hendaklah berdasarkan kepada urutan keutamaan berikut
i. Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah
ii. Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan
iii Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
iv Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia

3. Calon hendakalh berumur 50 tahun atau lebih sama ada masih berkhidmat atau sudah bersara.

4. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

Semua pencalonan hendaklah dibuat menggunakan format borang pencalonan Tokoh Guru Kebangsaan tahun 2009 . Borang-borang pencalonan boleh didapati di PPD Selatan. Sebarang pertanyaan dan permintaan borang secara online boleh ditujukan kepada reejanee@yahoo.com.

Harap maklum
MEMO : MESYUARAT PROFESIONAL GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

Sila ambil maklum bahawa mesyuarat di atas akan diadakan di SK Jawi pada 4 Februari 2009 mulai jam 8.30.
Semua Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan adalah dijemput hadir. Terima kasih.

Wednesday, 31 October 2007

TAKLIMAT PENGIRAAN PERJAWATAN BERASAKAN SEKOLAH BAGI AKTIVITI MENENGAH

Semua Pengetua
Sekolah Menengah SPS

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan pada :

Tarikh : 1 NOvember 2007
Masa : 8.45 pagi
Tempat : SM Teknik Balik Pulau

Tuan/Puan dijemput hadir.

Surat jemputan dari JPNPP telah dimasukan dalam peti surat masing-masing di PPD Selatan hari ini.

Sebarang masalah sila hubungi Unit Sekolah Menengah JPN

Thursday, 30 August 2007

Taklimat Guru Besar Cemerlang DGA38

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Seberang Perai Selatan.

Tuan/Puan,

Sila hadir ke Taklimat di atas seperti maklumat dibawah:

Tarikh:03 September 2007
Masa: 2.30 Petang
Tempat:NPC Kepala Batas.

Sebarang kemusykilan mengenai perkara tersebut sila hubungi:

Encik Mahamad Fauzi bin Saad
PPD Selatan

Saturday, 25 August 2007

Pendaftaran Pelajar Tahun 6 keTingkatan 1 tahun 2008

Assalamualaikum/salam Sejahtera,

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Seberang Perai Selatan.

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 TAHUN 2008

Adalah perkara tersebut dirujuk.

2. Sehubungan itu Aplikasi bagi maksud di atas boleh dimuat turun di alamat berikut:-

http://groups.google.com/group/e-pengurusanppdsps

3. Sebarang Kemusykilan mengenai aplikasi tersebut bolehlah menghubungi :
(Encik Abdul Hadi bin Idris) Tel(p):04-5823678 ATAU Tel(HP):016-4222218

Kerjasama pihak tuan/puan menghantar Laporan(cetakan) dan Disket yang telah dikemaskini
mengikut tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH PPDS