Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS
Berdiri dari kiri: En. Osman, Pn. Hjh. Siti Zaleha, Pn. Sarifah dan En. Azizan. Duduk dari kiri: En. Muhd. Khairi, En. Mahamad Fauzi. Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD, En. Othman dan En. Rosli

Wednesday 2 September 2009

Penempatan Murid ke Tingkatan 1/Peralihan Tahun 2010

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Seberang Perai Selatan.

Tuan,

Sila kemukakan perkara-perkara berikut ke pejabat ini (U.P : Unit Sekolah Menengah)pada atau sebelum 17 September 2009:

i. Satu salinan disket data pendaftaran murid ke Tingkatan 1/ Peralihan 2010
ii. Tiga salinan Laporan Permohonan Ikut Sekolah Dipohon
iii. Tiga salinan Laporan Pendaftaran ke Sekolah Menengah (SM)

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Sekolah
PPDS

Wednesday 26 August 2009

MAKLUMAT GURU SEKOLAH RENDAH YANG BERKHIDMAT 10 TAHUN KE ATAS DI SESEBUAH SEKOLAH

.
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Daerah Seberang Perai Selatan

Sila ambil perhatian bahawa masih terdapat sekolah yang belum lagi menyerahkan maklumat guru-guru yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Tarikh akhir menyerahkan maklumat adalah pada 20 Ogos yang lalu.

Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah harap dapat segera bertindak.

PBA4003
PBA4006
PBA4007
PBA4009
PBA4015
PBA4018
PBA4019
PBA4020
PBD4022
PBD4023
PBD4025
PBD4031

Sekian, terima kasih.

Thursday 23 July 2009

Taklimat Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2010

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Kebangsaan (Menengah dan Rendah)

Sila Ambil Perhatian Berikut:

Permohonan ke Sekolah Berasrama penuh (SBP) secara atas talian akan dibuka oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster (BPSBPK) mulai September 2009 kelak.

Satu taklimat khas akan diberi kepada semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Kebangsaan jam 8.30 pagi di PPDS pada 30 Julai 2009 ini.

Mulai tahun ini, semua pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria dikendaki mengemukakan permohonan sendiri dengan bimbingan sekolah seterusnya mencetak borang yang telah lengkap diisi untuk disahkan oleh Guru Besar manakala salinannya pula hendaklah dihantar ke SBP yang dipohon.

Thursday 28 May 2009

Penarafan Kendiri SKPM 2008

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar

Sila ambil perhatian.

Dokumen Penarafan Kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi tahun penilaian 2008 hendaklah sampai ke PPDS pada atau sebelum 29 Mei 2009 - diserahkan untuk perhatian En Mohd Rizal b Ismail.

Sekolah-sekolah yang belum menyerahkan dokumen berkenaan sila lakukannya segera.

Sekian, terima kasih.

Daripada
Unit Pengurusan Sekolah

Thursday 2 April 2009

PENGEMASKINIAN DATA EMIS DAN PELABELAN

Semua Pengetua dan Guru Besar,

1. Mohon semua sekolah mengemaskini data EMIS dan data Pelabelan Guru seperti pada 31 Mac 2009 sebelum 8 April 2009.

2. Semua guru data diminta hadir ke Mesyuarat Penyelarasan dan Verifikasi Data EMIS dan data Pelabelan seperti beriktu:

Tarikh : 09 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 1 PPDS

3. Sila bawa bersama komputer dan data yang telah dikemaskini semasa mesyuarat nanti.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah

Wednesday 1 April 2009

Rumusan Permohonan Penempatan Tahun Satu 2009

Semua Guru Besar,

1. Sila ambil maklum bahawa tempoh Pendaftaran Penempatan Tahun Satu 2010 dan 2011 telahpun tamat pada 31 Mac 2009.

2. Sehubungan itu, sila hantar rumusan Permohonan Penempatan Murid Tahun Satu 2010 ke PPDS pada atau sebelum 15 April 2009. Format borang boleh dimuat turun dari sini.

3. Bagi permohonan penempatan yang lewat, sila arah waris berkenaan ke PPD yang berhampiran untuk membuat permohonan lewat.

4. Bagi permohonan penempatan tahun satu 2011, sila minta waris datang semula pada bulan Mac 2010 nanti.

5. Kerjasama semua guru besar menepati tarikh ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah Rendah

Monday 2 March 2009

MAKLUMAT KEDUDUKAN GURU PADA 31 JAN 09

Semua Guru Besar SPS,

Sila ambil perhatian bahawa maklumat berkaitan perlu di sampaikan ke PPDS sebelum atau pada 5 Mac 2009.

Sila gunakan borang soft copy BSKG Jan 2009 bagi menyediakan maklumat ini. Borang ini boleh juga dihantar secara emel kepada PSR. Kerjasama tuan-tuan sangat dihargai.

Terima kasih.

Daripada:
Unit Rendah PPDS

Monday 23 February 2009

PERJUMPAAN PPD SELATAN DENGAN SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA SPS

Perhatian Semua Pengetua Dan Guru Besar,

Sila ambil maklum bahawa mesyuarat di atas akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar Satu PPD Selatan

Sehubunganitu, tuan-tuan adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

Daripada
Unit Pengurusan Sekolah

Friday 13 February 2009

Borang Permohonan GSTT

Semua Guru Besar,

Sila ambil perhatian:

Masih ada sekolah-sekolah yang memohon GSTT untuk tujuan ganti tidak menggunakan borang yang telah ditetapkan oleh Pegawai KGSK.

Sehubungan itu, diminta-tuan/puan menggunakan borang yang berkenaan untuk setiap permohonan. Borang berkenaan boleh didapati di sini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Daripada:

Unit Pengurusan Sekolah

Tuesday 10 February 2009

Permohonan Penempatan Tahun Satu 2010 dan 2011

Semua guru besar :

Sila ambil maklum bahawa proses pendaftaran permohonan Penempatan Ke Tahun Satu 2010 dan 2011 akan bermula pada 01 Mac 2009 dan berakhir pada 30 Mac 2009.

Butiran proses permohonan boleh di dapati di sini.

Harap maklum dan terima kasih.

Daripada :
Pengurusan Sekolah Rendah

Taklimat Program Peningkatan Akademik 2009 SJKT Seb Perai Selatan

Denganhormatnya dimaklumkan bahawa Taklimat yang tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Februari 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Semnar 2 PPD Selatan

Semua Guru Besar dan Ketua-Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik sekolah-sekolah SJKT daerah Seberang Perai Selatan dikehendaki hadir.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Pengurusan Sekolah Rendah

Borang Pencalonan Tokoh Guru

Sila dapatkan borang Pencalonan Tokoh Guru 2009 di sini.

Semua Pencalonan hendaklah sampai ke PPD Selatan pada atau sebelum 30 Mac 2009. Terima kasih.

Wednesday 4 February 2009

PENCALONAN TOKOH GURU 2009 PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI PULAU PINANG

PANDUAN PENCALONAN:

1. Kriteria pemilihan tokoh guru hendaklah berdasarkan kepada urutan keutamaan berikut
i. Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah
ii. Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan
iii Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
iv Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia

3. Calon hendakalh berumur 50 tahun atau lebih sama ada masih berkhidmat atau sudah bersara.

4. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

Semua pencalonan hendaklah dibuat menggunakan format borang pencalonan Tokoh Guru Kebangsaan tahun 2009 . Borang-borang pencalonan boleh didapati di PPD Selatan. Sebarang pertanyaan dan permintaan borang secara online boleh ditujukan kepada reejanee@yahoo.com.

Harap maklum
MEMO : MESYUARAT PROFESIONAL GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

Sila ambil maklum bahawa mesyuarat di atas akan diadakan di SK Jawi pada 4 Februari 2009 mulai jam 8.30.
Semua Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan adalah dijemput hadir. Terima kasih.