Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS
Berdiri dari kiri: En. Osman, Pn. Hjh. Siti Zaleha, Pn. Sarifah dan En. Azizan. Duduk dari kiri: En. Muhd. Khairi, En. Mahamad Fauzi. Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD, En. Othman dan En. Rosli

Thursday 2 April 2009

PENGEMASKINIAN DATA EMIS DAN PELABELAN

Semua Pengetua dan Guru Besar,

1. Mohon semua sekolah mengemaskini data EMIS dan data Pelabelan Guru seperti pada 31 Mac 2009 sebelum 8 April 2009.

2. Semua guru data diminta hadir ke Mesyuarat Penyelarasan dan Verifikasi Data EMIS dan data Pelabelan seperti beriktu:

Tarikh : 09 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 1 PPDS

3. Sila bawa bersama komputer dan data yang telah dikemaskini semasa mesyuarat nanti.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah

Wednesday 1 April 2009

Rumusan Permohonan Penempatan Tahun Satu 2009

Semua Guru Besar,

1. Sila ambil maklum bahawa tempoh Pendaftaran Penempatan Tahun Satu 2010 dan 2011 telahpun tamat pada 31 Mac 2009.

2. Sehubungan itu, sila hantar rumusan Permohonan Penempatan Murid Tahun Satu 2010 ke PPDS pada atau sebelum 15 April 2009. Format borang boleh dimuat turun dari sini.

3. Bagi permohonan penempatan yang lewat, sila arah waris berkenaan ke PPD yang berhampiran untuk membuat permohonan lewat.

4. Bagi permohonan penempatan tahun satu 2011, sila minta waris datang semula pada bulan Mac 2010 nanti.

5. Kerjasama semua guru besar menepati tarikh ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah Rendah