Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS
Berdiri dari kiri: En. Osman, Pn. Hjh. Siti Zaleha, Pn. Sarifah dan En. Azizan. Duduk dari kiri: En. Muhd. Khairi, En. Mahamad Fauzi. Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD, En. Othman dan En. Rosli

Monday 24 May 2010

Raptai Hari Guru Peringkat Daerah

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada Jawatankuasa yang terlibat, Raptai Hari Guru akan diadakan pada

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Auditorium ILP Arumugam Pillai

Diharapkan semua dapat hadir awal.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2010

Wednesday 12 May 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Selatan 2/2010

Asalamualaikum,

Perhatian kepada Semua Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Selatan 2/2010

Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPDS

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Laporan Kewangan
3. Laporan setiap Jawatankuasa Kerja
4. Hal-hal Lain

Kehadiran tuan/puan amat diharapkan dan dihargai ke arah melicinkan perjalanan program yang dirancang.

Sekian, Terima kasih.

Setiausaha,
Sambutan Hari Guru Peringat Daerah 2010,
Pengurusan Sekolah PPDS.

Tuesday 4 May 2010

PERMOHONAN BAGI MENGISI KEKOKONGAN JAWATAN DI JPN/PPD/SEKOLAH BAGI PPP DI PULAU PINANG

Semua Warga Pendidik
Daerah Seberang Perai Selatan


Tuan/Puan,

Permohonan untuk mengisi jawatan yang tersebut di atas terbuka kepada semua PPPS dan PPLD kecuali guru cemerlang dan guru tingkatan enam.

2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke PPD Selatan pada atau sebelum 14 Mei 2010 ( Borang permohonan boleh di muat turun di http//www.jpnpp.edu.my).

3. Maklumat lanjut berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada surat siaran PPDS100-8/15 (2) bertarikh 4 Mei 2010.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Sekolah
PPDS