Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Pengurusan Sekolah

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS

Pegawai -pegawai Unit Pengurusan Sekolah PPDS
Berdiri dari kiri: En. Osman, Pn. Hjh. Siti Zaleha, Pn. Sarifah dan En. Azizan. Duduk dari kiri: En. Muhd. Khairi, En. Mahamad Fauzi. Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD, En. Othman dan En. Rosli

Monday 23 February 2009

PERJUMPAAN PPD SELATAN DENGAN SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA SPS

Perhatian Semua Pengetua Dan Guru Besar,

Sila ambil maklum bahawa mesyuarat di atas akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar Satu PPD Selatan

Sehubunganitu, tuan-tuan adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

Daripada
Unit Pengurusan Sekolah

Friday 13 February 2009

Borang Permohonan GSTT

Semua Guru Besar,

Sila ambil perhatian:

Masih ada sekolah-sekolah yang memohon GSTT untuk tujuan ganti tidak menggunakan borang yang telah ditetapkan oleh Pegawai KGSK.

Sehubungan itu, diminta-tuan/puan menggunakan borang yang berkenaan untuk setiap permohonan. Borang berkenaan boleh didapati di sini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Daripada:

Unit Pengurusan Sekolah

Tuesday 10 February 2009

Permohonan Penempatan Tahun Satu 2010 dan 2011

Semua guru besar :

Sila ambil maklum bahawa proses pendaftaran permohonan Penempatan Ke Tahun Satu 2010 dan 2011 akan bermula pada 01 Mac 2009 dan berakhir pada 30 Mac 2009.

Butiran proses permohonan boleh di dapati di sini.

Harap maklum dan terima kasih.

Daripada :
Pengurusan Sekolah Rendah

Taklimat Program Peningkatan Akademik 2009 SJKT Seb Perai Selatan

Denganhormatnya dimaklumkan bahawa Taklimat yang tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Februari 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Semnar 2 PPD Selatan

Semua Guru Besar dan Ketua-Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik sekolah-sekolah SJKT daerah Seberang Perai Selatan dikehendaki hadir.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Pengurusan Sekolah Rendah

Borang Pencalonan Tokoh Guru

Sila dapatkan borang Pencalonan Tokoh Guru 2009 di sini.

Semua Pencalonan hendaklah sampai ke PPD Selatan pada atau sebelum 30 Mac 2009. Terima kasih.

Wednesday 4 February 2009

PENCALONAN TOKOH GURU 2009 PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI PULAU PINANG

PANDUAN PENCALONAN:

1. Kriteria pemilihan tokoh guru hendaklah berdasarkan kepada urutan keutamaan berikut
i. Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah
ii. Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan
iii Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
iv Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia

3. Calon hendakalh berumur 50 tahun atau lebih sama ada masih berkhidmat atau sudah bersara.

4. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

Semua pencalonan hendaklah dibuat menggunakan format borang pencalonan Tokoh Guru Kebangsaan tahun 2009 . Borang-borang pencalonan boleh didapati di PPD Selatan. Sebarang pertanyaan dan permintaan borang secara online boleh ditujukan kepada reejanee@yahoo.com.

Harap maklum
MEMO : MESYUARAT PROFESIONAL GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN

Sila ambil maklum bahawa mesyuarat di atas akan diadakan di SK Jawi pada 4 Februari 2009 mulai jam 8.30.
Semua Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan adalah dijemput hadir. Terima kasih.